Ramai antara kita pernah mendengar pasal merchant account. Antara contoh merchant account yang popular adalah seperti 2CheckOut, ClickBank, Paypal dan banyak lagi.

Fungsi merchant account amat penting kerana proses jual beli di internet melibatkan seluruh pelusuk dunia. Ini dapat mengelakkan beberapa masalah berlaku semasa process jual beli seperti perbezaan mata wang, penipuan dalam proces jual beli, kecurian data peribadi dan sebagainya. Dengan itu, merhant account ni berfungsi sebagai penghubung antara penjual dan pembeli untuk memastikan keselamatan semasa proces jual beli.

Sebelum ini, ramai pembeli menggunakan kad kredit seperti MasterCard atau Visa untuk melakukan pembelian ataupun transaksi di internet. Apabila melakukan transaksi di internet, pemilik kad kredit akan mendedahkan nama, nombor kad kredit dan data - data peribadi kepada penjual. Ini boleh menyebabkan kecurian data peribadi pemegang kad kredit apabila penjual mendedahkan data - data peribadi pembeli kepada pihak ketiga. Data - data ni menyebabkan pembeli tersebut diganggu sebagai contoh email rawak ataupun spam. Lebih buruk padah, jika data - data peribadi yang dicuri digunakan untuk mencuri wang melalui akaun bank.

Dengan adanya merchant acount, masalah ini dapat dielakkan. Setiap penjual yang menggunakan merchant account diwajibkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antara peraturan yang mesti dipatuhi penjual adalah mereka tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat pembeli kepada pihak ketiga. Jika mereka melanggar peraturan ini, pihak penjual akan disekat daripada melakukan penjualan di internet. Selain itu, maklumat pembeli seperti nama, nombor kad kredit, alamat, dan sebagainya akan dirahsiakan daripada penjual oleh pihak merhant account kerana pembeli hanya mengunakan kata nama yang mereka daftarkan di merchant account.

Di pihak penjual pula, merchant account adalah sangat penting. Ini kerana keyakinan dan kredibiliti produk mereka akan bertambah. Pembeli akan merasa selamat untu membeli produk mereka kerana pihak penjual berurusan melalui merchant account. Oleh itu, penjual - penjual di internet digalakkan untuk berurusan melalui merchant account kerana mereka dapat meningkatkan keyakinan pembeli, memudahkan dan mempercepatkan urusan jual beli disamping mengelakkan pihak penjual ditipu oleh pembeli yang membuat pesanan palsu.

Sebagai kesimpulan, pembeli ataupun penjual di internet perlu memiliki merchant account kerana ini akan membawa keuntungan dan keselamatan bagi kedua - dua pihak. Bagi pihak pembeli keselamatan semasa proces jual beli perlu diutamakan. Pihak penjual pula perlu menjalankan perniagan mereka dengan telus dan ikhlas agar dapat meyakinkan pembeli tentang kredibiliti produk mereka. Perlu kita semua ketahui bahawa setiap merchant account adalah berbeza. Untuk maklumat lebih lanjut tentang setiap merhant account ni, Anda boleh pergi ke link - link dibawah.

Senarai Merchant Account yang boleh dipercayai, selamat dan digunakan secara meluas di internet:

1. 2CheckOut

2. Paypal

3. ClickBank

***Tekan link di atas untuk maklumat lanjut tentang merchant account tersebut