Fakta : Sukar untuk mendapat tempat pertama di dalam Google Search bagi sesuatu topik.
Ayat di atas merupakan satu kebenaran dan tiada tolak tandingnnya. Apatah lagi kita hanya mereview mengenai topik atau produk orang lain. Terdapat pelbagai kelebihan berada di tangga teratas enjin pencarian Google dan yang terpenting sekali ialah jumlah trafik yang kita akan perolehi apabila topik/keyword tersebut menjadi bahan carian pengguna Internet.
Internet merupakan sumber terbaik dan terluas penggunaannya bagi pencarian maklumat. Jadi tentunya Internetlah yang akan menjadi sumber utama dan peluang untuk meluaskan lagi prospek jualan dan peluang bagi anda (para internet marketers) meningkatkan pendapatan.
Apa yang ingin kami terangkan di sini ialah peningkatan jumlah trafik yang mendadak sejak kebelakangan ini dan sebab utama yang kami dapat lihat disini ialah mengenai 2 topik yang telah kami tulis sebelum ini.
1. Theme Wordpress Terbaik Bagi Laman Web Berkonsepkan Bisnes
2. Routing Number dan Swift Code
Tajuk mengenai Wordpress Theme Terbaik pilihan kami mendapat sambutan yang hangat sehinggalah satu daripada theme yang kami review (dilectico) apabila di search di Google akan menunjukkan GylumTeam di tempat pertama!
Seperti yang anda semua tahu, Dilectico theme yang kami sedang gunakan sekarang merupakan hasil kerja keras daripada DesignDisease.com dan kami amat berbangga menjadi host kepada theme mereka. Mungkin kerana free download yang kami terus bekalkan kepada setiap pelawat website kami menjadikan kami mendahului laman web yang lain.Hahahaha…
Lihat sahaja di screenshot di sebelah yang diambil daripada widget website kami. Lihat sudah berapa banyak kali theme yang kami bekalkan di GylumTeam telah di download. Counter/jumlah hit download meningkat dari hari ke hari! Agak sukar dipercayai!
Routing Number pula merupakan atikel yang tidak kurang mendapat sambutannya. Walaupun kami mendapat ranking kedua, kami tetap mendapat ranking daripada tiada ranking langsung. Wahahaha.
Walaupun berada di tempat kedua, xbrain.biz memang patut berada di tempat pertama kerana merekalah pemberi idea dan ilham kepada saya untuk menulis artikel ini.
Jadi ingin saya terangkan di sini beberapa tips mudah dalam meningkatkan lagi trafik ke laman web dari aspek penulisan artikel.
1 - Tulis artikel yang berguna dan tidak membuang masa para pembaca.
2 - Lengkapkan artikel anda dengan ciri-ciri penulisan yang sesuai.
3 - Tulis artikel yang sentiasa menjadi tumpuan tetapi kurang ditulis oleh orang lain.
4 - Menarikkan artikel anda dengan gambar, warna, dan juga video jika ada.
5 - Tunjukkan bukti bagi menegakkan kenyataan anda.
6 - Beri kelebihan kepada para pelawat anda seperti download terus atau promosi
7 - Memberi feedback bagi komen2 dan pertanyaan yang dilontarkan para pelawat.
8 - Terapkanlah sedikit aspek lawak. Biarla tak menjadi pun. Sekadar hiburan je. Wahahahaha.
Peganglah tips-tips ini kerana sesungguhnya kami sendiri telah mengalami perubahan yang amat memberansangkan. Sebarang *pembetulan* *penambahan* mahupun *cadangan* bolehlah di post melalui ruangan komen di bawah. Kami sentiasa memberi feedback! Itu janji kami.
Portal terbaik berkaitan bisnes internet dari pelbagai aspek. Ulasan beserta review bagi e-products seperti e-books, software, templates, themes yang lengkap yang berguna. Juga disertakan tips berguna, ulasan peluang perniagaan, download percuma dan macam-macam lagi. Semua produk kami juga disertakan di dalam laman web ini bagi memudahkan urusan jual beli dan proses pemilihan. Promosi dan tawaran hebat juga disertakan dan akan di update terus melalui laman web ini.
from zero to hero stories....
Leave a reply