E-Commerce dan E-Business merupakan perkara yang sering disebutkan sebagai pengganti kepada semua jenis urusan jual beli masa sekarang. Bisnes melalui kaedah ini juga semakin meningkat dan berkembang dengan pesatnya. Tidak kuranglah seperti website yang kami sedang jalankan ini. Hahaha. Setiap para internet marketers seharusnya mengetahui mengenai hal ini kerana ini merupakan asas dan juga permulaan bagi semua jenis bisnes di internet. Ingin menjadi internet marketers??..Teruskan bacaan anda. Jangan sesekali berhenti!!
E-Commerce atau lebih dikenali dengan nama ‘Electronic Commerce’ merupakan satu aktiviti jual, beli, penghantaran, dan juga penerimaan sebarang produk, servis mahupun informasi melalui jaringan internet.
E-Business pula merupakan cabang besar kepada e-commerce. Gabungan e-commerce beserta kolaborasi dengan syarikat-syarikat lain, perlaksanaan e-learning dan pengurusan transaksi jual beli mewujudkan E-Business ini.
E-Commerce terbahagi kepada berberapa bahagian dan secara umumnya ia boleh dikategorikan kepada 6 bahagian. Bahagiannya ialah….
- Business-To-Consumers (B2C)
- Business-To-Business (B2B)
- Consumers-To-Consumers (C2C)
- Business-To-Employee (B2E)
- E-Government
- Mobile Commerce (M-Commerce)
Ramai di kalangan kita tidak tahu menahu langsung mengenai perkara di atas dan hanya menganggap e-commerce merupakan hanyalah penjualan barang di internet. Jika masih lagi ada yang berfikiran begitu, ternyata anda salah. E-Commerce bagi saya merupakan hubungan dan kolaborasi pelbagai pihak serta melibatkan pelbagai cara bagi menjayakan sesuatu transaksi jual beli.
Tidak kiralah apa pandangan anda, ternyata setiap orang mempunyai pandangan mereka yang tersendiri. Namun begitu, jangan menyalah ertikan maksud e-commerce yang sebenar.

Kenapa wujudnya e-commerce? Untung ke? Jawapannya…..tentulah kerana prospeknya yang meluas untuk berjaya. Lihat sahaja di Malaysia ini telah wujudnya ramai individu internet marketers yang terkenal. Sebut sahaja..Irfan Khairi, Labanon, Aboo Ain, Abg. Jebat…mereka berupaya membina perniagaan internet dengan menggunakan satu konsep yang sama iaitu E-Commerce.
Kelebihan-kelebihan E-Commerce adalah seperti……
a- Meluaskan lagi pasaran dan informasi mengenai perniagaan kita sehingga ke peringkat antarabangsa hanya dengan adanya kemudahan internet.
b- Menurunkan kos pemprosesan, penghantaran serta penerimaan order serta informasi.
c- Boleh mencari dan meluaskan lagi prospek bagi bisnes anda kali ini secara antarabangsa di seluruh dunia. Kini bukan lagi pasaran di dalam Malaysia sahaja!
d- Menjimatkan masa dan kewangan kerana kebanyakkan transaksi dan jual beli diurus di dalam talian internet sahaja. Tidak perlu out-station lagi untuk berjumpa bisnes partner anda. Hahahaha.
e- Cara pengiklanan hanya dilakukan secara online dan terbukti ianya lebih menguntungkan serta menjimatkan. Contohya ialah seperti Google Adwords dan Sewaan Ruang Iklan.
f- Keupayaan menyampaikan maklumat mengenai jualan dan produk serta servis yang ditawarkan hanya dengan menggunakan internet. Maklumat dapat disampaikan mahupun ke kawasan pedalaman. Tidak perlu sebarang penggunaan tenaga otot yang tinggi!
Disini kami ada menyediakan beberapa contoh page jualan yang menerapkan cara-cara dimana konsep e-commerce diaplikasikan. Disitu boleh dilihat penggunaan web page, penerangan mengenai produk, dan cara bayaran. Semuanya hanya dengan menggunakan internet.
Produk Satu - KLIK SINI
Produk Dua - KLIK SINI
Produk Tiga - KLIK SINI
Diharap tips kami kali ini dalah berguna bagi semua para internet marketers sekalian kerana diingatakan di sini, setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang kecil. Berpeganglah kepada pengenalan asas kepada E-Commerce ini sebelum melakukan pelbagai lagi langkah besar di dalam perniagaan internet anda.
“Each big leap begins with a simple single step”
* Diharap ulasan ini juga menepati kehendak lecturer saya yang suruh tulis satu artikel di dalam blog mengenai apa yang diajarnya. Wawawawawa.
Harap ini menjadi dan terima kasih kepada Mdm. Aisyah sendiri. Tq.
Portal terbaik berkaitan bisnes internet dari pelbagai aspek. Ulasan beserta review bagi e-products seperti e-books, software, templates, themes yang lengkap yang berguna. Juga disertakan tips berguna, ulasan peluang perniagaan, download percuma dan macam-macam lagi. Semua produk kami juga disertakan di dalam laman web ini bagi memudahkan urusan jual beli dan proses pemilihan. Promosi dan tawaran hebat juga disertakan dan akan di update terus melalui laman web ini.
from zero to hero stories....
Leave a reply