Bermulalah agenda berkenaan part kedua bagi tajuk wordpress theme kami ini. Sejak bermulanya bulan puasa, tahap kemalasan aku untuk keluar juga telah meningkat dengan mendadak. Jika dilihat dari bahagian positifnya, aku mempunyai lebih banyak masa untuk berblogging. Alhamdulillah dengan masa ini jugalah part kedua ini bagi tajuk ‘Theme’ Wordpress Terbaik Bagi Laman Web Berkonsepkan Bisnes berjaya disiapkan.

Seperti yang dijanjikan, kami telah ‘host’ sendiri file bagi keempat-empat theme yang kami ceritakan sebelum ini di part 1 dan boleh di download terus dari laman web kami (sidebar sebelah kanan). Diharap pemilik sebenar theme yang telah kami upload di laman kami tidak kisah akan tindakan ‘baik’ kami ini bagi menyebarkan theme mereka dengan lebih meluas lagi. Hahahaha.

*credits to Headsetoptions.org
*credits to Romow.com
*credits to DesignDisease.com

Pada post kami kali ini juga kami akan menyiarkan satu video daripada strikedata.com yang menunjukkan cara cepat dan mudah bagi menguploadkan theme pilhan anda untuk diguna di blog anda. Walaupun terdapat pelbagai video yang menerangkan cara ‘menginstall’ theme baru untuk digunakan di laman web anda, namun video daripada strikedata.com ini berjaya menarik perhatian kami dengan caranya yang mudah, cepat dan tak menyusahkan orang lain. Hahahaha. Video dibawah menerangkan cara upload theme menggunakan kaedah FTP dan sepertimana yang ramai orang tahu, terdapat satu lagi cara iaitu dengan menggunakan cpanel (kami di gylumteam lebih suka menggunakan kaedah ini).

Kami di Gylumteam menggunakan software FTP bernama WS_FTP95 LE dan boleh didownload secara percuma kerana ia adalah Freeware.Download sekarang! Untuk download [KLIK SINI].

Sebarang permintaan bagi kami menguploadkan serta mencari theme-theme bagi kegunaan website mereka, jangan segan silu menghantar komen mengenai permintaan anda. Kami akan mencuba sedaya upaya kami untuk memenuhi permintaan anda. Itu janji kami!


Ini merupakan ‘test drive’ pertama kami dalam penggunaan bahagian (part) dalam menulis artikel. Harap berjaya. Amin.