Apple iPhone vs Samsung Omnia

15 Sep 2008 In: Review Produk

Iklan. Iklan. Iklan. Menerusi iklanlah datangnya idea untuk menulis post terbaru ini. Hendak dijadikan cerita, tengah tengok TV ni ternampaklah iklan handphone model baru. Tapi yang paling menariknya, fungsi, bentuk dan kegunaan utamanya seperti iPhone tetapi yang menjadikan ia pelik ialah ia bukan iPhone! Faham maksud saya?

Samsung 1900 Omnia, keluaran terbaru daripada Samsung dan tentunya pencabar utama bagi Apple iPhone telah dilahirkan. Di sini saya akan memberikan sedikit spesifikasi bagi kedua-dua telefon ini dan andalah yang akan menjadi penentu pemenang bagi topik ini.

Samsung Omnia -2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 - 3G Network HSDPA 850 / 1900 / 2100 - 112 x 56.9 x 12.5 mm - 127 grams in weight - 3.2 Inch TFT touchscreen (65K colors, 240 x 400 pixels) - Accelerometer sensor for auto-rotate - Handwriting recognition - MP3 & Polyphonic Ringtones - Vibration – Near enough unlimited entries and fields, Photocall (Phonebook) - Call records Near enough unlimited - 8 GB/16 GB internal memory plus microSD (TransFlash) Card slot up to 16GB - 128 MB RAM, 256 MB ROM - 624MHz Marvell PXA312 processor - GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps - EDGE Class 10, 236.8 kbps - 3G HSDPA, 7.2 Mbps - WLAN Wi-Fi 802.11b/g - Bluetooth v2.0 with A2DP - USB v2.0 - Microsoft Window Mobile 6.1 Professional OS - WAP 2.0/xHTML, HTML, RSS feeds - SMS, EMS, MMS, Email, Instant Messaging - Games + Java downloadable - 5 MP Camera (2592?1944 pixels, autofocus, image stabiliser, video, flash; secondary videocall camera) - Built-in GPS receiver - MP3/AAC/AAC+/WMA/OGG/AMR player - Java MIDP 2.0 - FM Radio with RDS - DivX/XviD/WMV/MP4 player – MS Office document viewer - Voice memo - TV Out - Built-in handsfree - Standard battery, Li-Ion 1440 mAh.

Apple iPhone - 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 - 3G Network HSDPA 850 / 1900 / 2100 – 115.5 x 62.1 x 12.3 mm - 133 grams in weight, 3.5 Inch Touchscreen (16M colors, 320 x 480 pixels) - Multi-touch input method - Accelerometer sensor for auto-rotate - Proximity sensor for auto turn-off - Ambient light sensor - MP3 & Polyphonic Ringtones - Vibration – Flush 3.5 mm headset jack – Near Enough unlimited entries and fields, Photocall - 100 received, dialed and missed calls (Call records) – 8 & 16GB built in memory – No card slot - GPRS - EDGE - 3G HSDPA - WLAN Wi-Fi 802.11b/g - Bluetooth v2.0 - USB v2.0 - Mac OS X v10.4.10 - SMS, Email - HTML (Safari) Browser - Black(8/16 GB), White (16 GB) - 2 MP Camera, 1600×1200 pixels - A-GPS function - Built-in GPS receiver - Widgets support - Google Maps - PIM including calendar, to-do list - iPod audio/video player - TV output - Photo browser/editor - Voice memo - Integrated handsfree - Standard battery, Li-Ion - Up to 300 Hours Stand-by - Up to 10 Hours Talk time.

Menerusi review saya di beberapa website ulasan telefon mudah alih yang lain, ternyata Samsung Omnia mendapat undian yang lebih tinggi. Mungkin kerana berberapa sebab di bawah….

1 - Samsung Omnia dengan 5mp kamera berbanding iPhone yang hanya 2mp
2 - Tiada kebenaran penggunaan ‘copy-and-paste’ di dalam iPhone.
3 - Tak boleh videocall dengan iPhone kerana tiada kamera di hadapan berbanding Omnia!!
4 - Tak boleh forward SMS dengan iPhone (ape!!)
5 - Ketahanan bateria Omnia lebih kurang 2 hari berbanding iPhone yang hanya sehari!
6 - Fungsi GPS iPhone yang tersangat teruk!
7 - iPhone tak berfungi untuk MMS!!
8 - Kamera Omnia ada flash berbanding iPhone yang tak ada langsung..ahaks
9 - Omnia ade 16gb built in memory. Diulangi….16gb!!
10 - Tak boleh tambah external memory di iPhone…(huh!)
11 - iTunes sahaja yng disupport iPhone. Berita buruk bagi peminat muzik!

Jadi dengan mudahnya, saya mengakui, jika diberi pilihan untuk membuat pilihan antara iPhone dan Omnia, tenetunya Omnia mmenjadi pilihan. Memang betul, sesiapa sahaja akan memandang tinggi kepada pemilik iPhone tetapi apa gunanya jikalau tidak menapati kehendak hati. Jadi, angan-angan aku untuk memiliki iPhone telah aku tolak jauh-jauh dan jangan harap ia akan kembali lagi! Wahahahahaha…

Go Omnia Go! Go!

* credits to phonereviews.co.uk
*credits to intomobile.com

Aku hanyalah pemilik Motorola yang biasa sebenarnya…huhuhuhu…tak pernah pun jadi pemilik Samsung..huhuhuh

E-Business dan E-Commerce

8 Sep 2008 In: Tips Perniagaan

E-Commerce dan E-Business merupakan perkara yang sering disebutkan sebagai pengganti kepada semua jenis urusan jual beli masa sekarang. Bisnes melalui kaedah ini juga semakin meningkat dan berkembang dengan pesatnya. Tidak kuranglah seperti website yang kami sedang jalankan ini. Hahaha. Setiap para internet marketers seharusnya mengetahui mengenai hal ini kerana ini merupakan asas dan juga permulaan bagi semua jenis bisnes di internet. Ingin menjadi internet marketers??..Teruskan bacaan anda. Jangan sesekali berhenti!!

E-Commerce atau lebih dikenali dengan nama ‘Electronic Commerce’ merupakan satu aktiviti jual, beli, penghantaran, dan juga penerimaan sebarang produk, servis mahupun informasi melalui jaringan internet.

E-Business pula merupakan cabang besar kepada e-commerce. Gabungan e-commerce beserta kolaborasi dengan syarikat-syarikat lain, perlaksanaan e-learning dan pengurusan transaksi jual beli mewujudkan E-Business ini.

E-Commerce terbahagi kepada berberapa bahagian dan secara umumnya ia boleh dikategorikan kepada 6 bahagian. Bahagiannya ialah….

- Business-To-Consumers (B2C)
- Business-To-Business (B2B)
- Consumers-To-Consumers (C2C)
- Business-To-Employee (B2E)
- E-Government
- Mobile Commerce (M-Commerce)

Ramai di kalangan kita tidak tahu menahu langsung mengenai perkara di atas dan hanya menganggap e-commerce merupakan hanyalah penjualan barang di internet. Jika masih lagi ada yang berfikiran begitu, ternyata anda salah. E-Commerce bagi saya merupakan hubungan dan kolaborasi pelbagai pihak serta melibatkan pelbagai cara bagi menjayakan sesuatu transaksi jual beli.

Tidak kiralah apa pandangan anda, ternyata setiap orang mempunyai pandangan mereka yang tersendiri. Namun begitu, jangan menyalah ertikan maksud e-commerce yang sebenar.

Kenapa wujudnya e-commerce? Untung ke? Jawapannya…..tentulah kerana prospeknya yang meluas untuk berjaya. Lihat sahaja di Malaysia ini telah wujudnya ramai individu internet marketers yang terkenal. Sebut sahaja..Irfan Khairi, Labanon, Aboo Ain, Abg. Jebat…mereka berupaya membina perniagaan internet dengan menggunakan satu konsep yang sama iaitu E-Commerce.

Kelebihan-kelebihan E-Commerce adalah seperti……

a- Meluaskan lagi pasaran dan informasi mengenai perniagaan kita sehingga ke peringkat antarabangsa hanya dengan adanya kemudahan internet.

b- Menurunkan kos pemprosesan, penghantaran serta penerimaan order serta informasi.

c- Boleh mencari dan meluaskan lagi prospek bagi bisnes anda kali ini secara antarabangsa di seluruh dunia. Kini bukan lagi pasaran di dalam Malaysia sahaja!

d- Menjimatkan masa dan kewangan kerana kebanyakkan transaksi dan jual beli diurus di dalam talian internet sahaja. Tidak perlu out-station lagi untuk berjumpa bisnes partner anda. Hahahaha.

e- Cara pengiklanan hanya dilakukan secara online dan terbukti ianya lebih menguntungkan serta menjimatkan. Contohya ialah seperti Google Adwords dan Sewaan Ruang Iklan.

f- Keupayaan menyampaikan maklumat mengenai jualan dan produk serta servis yang ditawarkan hanya dengan menggunakan internet. Maklumat dapat disampaikan mahupun ke kawasan pedalaman. Tidak perlu sebarang penggunaan tenaga otot yang tinggi!

Disini kami ada menyediakan beberapa contoh page jualan yang menerapkan cara-cara dimana konsep e-commerce diaplikasikan. Disitu boleh dilihat penggunaan web page, penerangan mengenai produk, dan cara bayaran. Semuanya hanya dengan menggunakan internet.

Produk Satu - KLIK SINI

Produk Dua - KLIK SINI

Produk Tiga - KLIK SINI

Diharap tips kami kali ini dalah berguna bagi semua para internet marketers sekalian kerana diingatakan di sini, setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang kecil. Berpeganglah kepada pengenalan asas kepada E-Commerce ini sebelum melakukan pelbagai lagi langkah besar di dalam perniagaan internet anda.

“Each big leap begins with a simple single step”

* Diharap ulasan ini juga menepati kehendak lecturer saya yang suruh tulis satu artikel di dalam blog mengenai apa yang diajarnya. Wawawawawa.

Harap ini menjadi dan terima kasih kepada Mdm. Aisyah sendiri. Tq.

Bermulalah agenda berkenaan part kedua bagi tajuk wordpress theme kami ini. Sejak bermulanya bulan puasa, tahap kemalasan aku untuk keluar juga telah meningkat dengan mendadak. Jika dilihat dari bahagian positifnya, aku mempunyai lebih banyak masa untuk berblogging. Alhamdulillah dengan masa ini jugalah part kedua ini bagi tajuk ‘Theme’ Wordpress Terbaik Bagi Laman Web Berkonsepkan Bisnes berjaya disiapkan.

Seperti yang dijanjikan, kami telah ‘host’ sendiri file bagi keempat-empat theme yang kami ceritakan sebelum ini di part 1 dan boleh di download terus dari laman web kami (sidebar sebelah kanan). Diharap pemilik sebenar theme yang telah kami upload di laman kami tidak kisah akan tindakan ‘baik’ kami ini bagi menyebarkan theme mereka dengan lebih meluas lagi. Hahahaha.

*credits to Headsetoptions.org
*credits to Romow.com
*credits to DesignDisease.com

Pada post kami kali ini juga kami akan menyiarkan satu video daripada strikedata.com yang menunjukkan cara cepat dan mudah bagi menguploadkan theme pilhan anda untuk diguna di blog anda. Walaupun terdapat pelbagai video yang menerangkan cara ‘menginstall’ theme baru untuk digunakan di laman web anda, namun video daripada strikedata.com ini berjaya menarik perhatian kami dengan caranya yang mudah, cepat dan tak menyusahkan orang lain. Hahahaha. Video dibawah menerangkan cara upload theme menggunakan kaedah FTP dan sepertimana yang ramai orang tahu, terdapat satu lagi cara iaitu dengan menggunakan cpanel (kami di gylumteam lebih suka menggunakan kaedah ini).

Kami di Gylumteam menggunakan software FTP bernama WS_FTP95 LE dan boleh didownload secara percuma kerana ia adalah Freeware.Download sekarang! Untuk download [KLIK SINI].

Sebarang permintaan bagi kami menguploadkan serta mencari theme-theme bagi kegunaan website mereka, jangan segan silu menghantar komen mengenai permintaan anda. Kami akan mencuba sedaya upaya kami untuk memenuhi permintaan anda. Itu janji kami!


Ini merupakan ‘test drive’ pertama kami dalam penggunaan bahagian (part) dalam menulis artikel. Harap berjaya. Amin.

Ulasan kami....

Portal terbaik berkaitan bisnes internet dari pelbagai aspek. Ulasan beserta review bagi e-products seperti e-books, software, templates, themes yang lengkap yang berguna. Juga disertakan tips berguna, ulasan peluang perniagaan, download percuma dan macam-macam lagi. Semua produk kami juga disertakan di dalam laman web ini bagi memudahkan urusan jual beli dan proses pemilihan. Promosi dan tawaran hebat juga disertakan dan akan di update terus melalui laman web ini.

from zero to hero stories....


Kawasan Download

Rakan Kongsi

RSS RSS

  • Cari kelompok orang yang DAHAGA!
    Perkara pertama yang saya belajar tentang internet marketing ialah bagaimana nak buat duit. Dalam konteks ini, satu statement perlu kita fikir: “If you are selling chilled water in the Desert, then how good a salesperson do you really have to be?” “Jika anda menjual air di padang pasir, sebagus mana jurujual anda perlu jadi?” Ini merupakan satu statement [...]
    Arshad
  • 16 Sebab Kegagalan Perniagaan
    Sudah pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalam perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan. Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya! 1: Tiada matlamat Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun dari sekarang? Apakah matlamat [...]
    Arshad

Kalender

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Komen

Paling DiDownload

Downloads Page

e-WriterPro

Marketing Graphics PRO

AKAN DATANG!

Produk-produk baru yang akan menyusul...

- Panduan Asas cPanel
- Graphics Making Video Solution
- BBO Adwords Guide
- PLR Articles Guide

Pelawat Kami

Temui Kami Di....

BlogMalaysia.com

  • Loading...


    Loading...

    Login






    Register | Lost password?

    Register





    A password will be mailed to you.
    Log in | Lost password?

    Retrieve password





    A confirmation mail will be sent to your e-mail address.
    Log in | Register